Tuesday 29 December 2009

Lagi Gambor Haji 2009 / 1430H

Khutbah Arafah

Masjidal Haram, Mekah

Masjidal Haram, Mekah


Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya



Gambar Kenangan Kerja Haji 2009/ 1430H

Di Jamrah, Mina
Majlis Tazkirah di Rumah Hj Ibrahim, Mekah

Isteri dan kawan-kawah di Masjidal Haram Mekah


Penulis dan rakan-rakan di Masjidal Haram Mekah








Tuesday 20 October 2009

Haji Mabrur 1430 H - doa kami

Kami dijadualkan untuk menjadi tetamu Allah swt melalui KT53 mulai 9 Nov 09 - 18 Dis 09, InsyaAllah.

Doakan kami, saya dan isteri memperolehi haji yang mabrur serta selamat pergi ke Tanah Suci dan kembali ke tanah air.

Orang Parit Perak

Saturday 29 August 2009

Rayuan Ramadhan - memberi kepada memerlukan

RAYUAN RAMADHAN VERSI U-TIUB

http://www.youtube.com/watch?=hRymKljFIg

Type : Ramadhan JIM

Thursday 30 July 2009

ADUN Permatang Pasir meninggal

Diambil dari Blog Nobisah

Friday, July 31, 2009

TIGA MUKA BARU DI PERMATANG PAUH SELEPAS PRU12

Al-Fatihah. Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir ialah salah satu dari tiga kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Dalam pilihanraya 2008. Hamdan menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Shahar Shuib dengan majoriti 5,433. Pada tahun 2004, Hamdan menewaskan Dato' Md Isa Ramli dengan majoriti 679 undi. Jumlah pengundi di DUN Permatang Pasir ialah 20,350 orang.

Sebelum ini, kerusi DUN Penanti yang juga terletak dalam Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pilihanraya kecil apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan. Calon PKR, Dr Mansor Othman menang pilihanraya tersebut.

Dengan pilihanraya kecil yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang, ini bermaksud tiga muka baru menggantikan calon yang dipilih dalam PRU12 di Permatang Pauh. Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR) menggantikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dr Mansor Othman (PKR) menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin, dan kini seorang pengganti akan dipilih sebagai ADUN baru Permatang Pasir.

Satu lagi kawasan DUN ialah Seberang Jaya yang diwakili oleh Dato' Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional.

Wednesday 22 July 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Dipetik dari pembentangan Dato' Mohd Noor Abdullah , mantan hakim mahkamah rayuan:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu dan berpegang teguh kepadanya selam itulah kamu akan selamat sejahtera:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganag tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu.

3. Bagi menjaga dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu , kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu

4.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu

5. Kami tetapkan Islam ialah agama Persekutuan

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan istimewa Orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain.

Monday 13 July 2009

Bersatulah Melayu Islam - Raja Dr Nazrin


DYTM Tuanku Nazrin telah menitiskan air mata apabila menitahkan perenggan yang terakhir. Kelihatan SS Mufti Perak juga mengelap air mata jua. Berikut ialah sedutan ucapannya..

Sedutan Ucapan DYTM Raja Dr Nazrin Shah
bersempena Muzakarah Cendiakwan Islam 2009
pada 14 Julai 2009 di Bangunan SUK, Ipoh, Perak


"Dinamik politik berasaskan gerakan nasionalisme Melayu dan dinamik politik berpaksikan Islam selanjutnya berkembang di negara ini. Kewujukan parti politik berteraskan kebangsaan Melayu dan parti politik berpaksikan Islam laksana kelahiran kembar politik dari perut bumi yang sama... "

"Realiti politik tidak memperlihatkan kembar politik ini bersifat 'identical'. Asas-asas utama perjuangan untuk kemerdekaan, untuk agama, untuk bangsa, untuk negara, gagal mencantumkan roh tenaga politik Melayu-Islam ini..."

"Tulisan jawi-tulisan rumi, kopiah putih-songkok hitam, baju Melayu - jubah Arab, meletakkan Melayu Islam itu berada dalam dua aliran sungai yang mengalir selari tetapi enggan bertemu..."

"Di manakah salah ibu mengandung hingga bangsa yang serumpun enggan membina silaturahim, di manakah silap ibu mengandung hingga insan yang seagama enggan bersaudara.."

"Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat - memperdayakan bangsa demi memenuhi nafsu sendiri. Bangsa bagaikan sedang menghitung hari untuk dapat terus bertahan di tampuk kuasa.."


"Usaha penyatuan ummat Islam wajib dirintis dan melalui penyatuan tersebut dibina modal keupayaan dalam semangat serumpun bangsa - sealiran agama. Kesetian kepada perjuangan yang murni lagi suci haruslah mengatasi kesetiaan kepada individu atau kesetiaan kepada kumpulan.."

" Sekurang-kurangnya kata dan ungkapan Paduka Anakanda ini menjadi bukti lafaz setyia kepada takhta pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan serta tanda kasih kepada negeri dan bangsa;

"Agar nanti apabila Paduka Cucunda Raja Azlan Muzzaffar Shah telah mencapai usia dewasa, tidak akan dia menyalahkan Paduka Anakanda atas ketidakberanian Paduka Anakanda memberikan peringatan kepada bangsa.

"Bahawa yang perlu dipertahankan itu, bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang Raja tetapi Kerajaan Baginda; kerana tanpa Kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa."

Thursday 9 July 2009

Tuesday 16 June 2009

Kerajaan Orang Melayu di Malaysia?

Saya ada teori dan pembacaan mengensi isu Kerajaan Perpaduan . Bagi kebanayakan rakyat Malaysia, Kerajaan Pepaduan = Kerajaan Majoriti Orang Melayu di Malaysia = (PAS + UMNO).

1. TG. Hj Haid terkenal sebagai seorang yang 'berperang' dengan UMNO seperti mana ungkapan yang paling popular "PAS berlawan dengan UMNo bukan kerana namanya atau orangnya, tetapi kerana UMNO mempertahankan dasat taghut dan tidak memperjuangkan Islam.".

2. TG. Nik Aziz pula konsisten. "Kita akan membubarkan PAS kiranya UMNO bertukar dasarnya untuk perjuangan Islam." katanya. Kedua-dua kenyataan ini semua orang tahu. Malah UMNO selama ini menghentam TG Hj Hadi dengan mempopularkan "Amanat Hj Hadi" yang kononnya mengkafirkan orang UMNO.
3. Dahulunya Hj Hadi musuh nombor wahid UMNO, kenapa sekarang pula seolah-oleh kawan karib UMNO?

4. Bagi saya, kedua-dua TG ini mempunyai daya 'membaca' politik dalaman mereka serta politik orang Melayu. Bukankah telah ada 'dua golongan' dalam PAS sebelum ini bahkan dalam kalangan orang Melayu sendiri termasuk mereka yang berada dalam NGO Islam.

5. Saya teringat seorang ketua bahagian PAS di Perak , menyuarakan hasrat alangkah eloknya orang Melayu bersatu ( PAS + UMNO) di Perak semasa krisis penubuhan Kerajaan Perak pada bulan Mac 2008 dahulu.
6. Pada hemat saya , kedua-dua TG telah mengambil risiko untuk menyatukan kedua-dua golongan ini dalam PAS. Jangan lari sokongan mereka daripada PAS. Kena kekal kepada PAS. Di antara risikonya mungkin DUN Manek Urai menjadi 'korban'.

7. Cabaran seterusnya bagaimana - setelah kedua-dua golongan berada dalam PAS - untuk menyatukan mereka ini. Cabaran dan risikonya besar yang telah diambil oleh kedua-dua Tuan Guru (TG) ini .

8. Sudah tentu UMNO akan menaguk di ayor yang keruh. Kerana di situlah ikan-ikan yang bagus dan besar akan didapati!

Terima kasih kerana membaca. Analisa mungkin betul datau tidak.







Wednesday 3 June 2009

Chin Peng dan Fahaman Komunis

Banyak telah diperkatakan mengenai keputusan Perdana Menteri untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Setiawan Perak kerana kekejaman komunis di Malaya 'untuk tidak melukai perasaan' rakyat Malaysia.

Testimoni mereka yang berjuang menentang komunis dan kisah mereka yang menyentuh perasaaan sama ada bangsa Melayu dan Cina diketengahkan di media masa utama Malaysia. Itu ialah hakikat.

Beberapa persoalan perlu penjelasan. Adakah rejimen komunis pejuang kemerdekaan? Jawapannya: ya! Malah telah diiktiraf oleh British yang mengurniakan Chin Peng anugerah Order of British Empire (OBE) setakuk sebelum gelaran Sir. Adakah tindakan komunis kejam terhadap rakyat Malaysia? Jawapannya : ya! Testimoni mereka yang disiksa dan menyaksikan pembunuhan saudara yang terdekat tidak boleh disangkal.

Sekarang persoalan lain timbul. Kenapa kekejaman Jepun boleh dimaafkan tetapi kekejaman komunis tidak boleh ? Atau kenapa orang seperti Abdullah CD (bekas komunis) boleh kembali ke Malaysia sedangkan Ching Peng tidak? Generasi lama sudah tentu ingat kekejaman Jepun. Duit Jepun di Malaya semasa tahun 1942 sehingga 1945 tidak laku. Mungkin Jepun mempunyai nilai komersial sekarang sedangkan Ching Peng tidak.



Kekeliruan yang amat ketara di kalangan orang Melayu ialah persoalan di antara kefahaman komunis dan akidah Islam. Seumpama kelirunya orang Cina dan orang India di Malaysia apabila mengatakan masuk Islam sama macam masuk Melayu. Ada yang marah-marah apabila mendapati di perkampungan bekas komunis ada masjid dan Abdullah CD dan isterinya telah mengerjakan haji.

Mereka berkefahaman komunis dari segi ideologinya berusaha untuk membebaskan Malaysia dari penjajah serta mempunyai prinsip sama rata dari agihan kekayaan negera kepada rakyatnya. Serupa seperti mereka yang berideologikan kapatalisme yang membenarkan hak milik harta oleh mereka yang berusaha dan membenarkan kemiskinan di negara mereka.

Bagi Islam kedua-dua idealogi ini adalah mungkar. Kiranya kita mengatakan komunis adalah sesat, mereka yang berkefahaman kapatalisme juga amat sesat. Umat Islam wajib berusaha untuk menegakkan ideologi Islam dalam segala aspek kehidupan. Sudah tentu mereka tertanya di mana modelnya.

Saya boleh beritahu dengan jelas. Banyak kelompok Islam yang berusaha gigih untuk menegakkan syariah Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia demi untuk keharmonian umat manusia keseluruhannya. Bukankah Nabi Muhammad diutuskan untuk memberi rahmat kepada seluruh manusia. NGO seperti JIM dan ABIM berusaha ke arah itu.

Berbalik kepada persoalan 'Haruskah Malaysia membenarkan Ching Peng balik ke Setiawan Perak?'. Jawapan saya ialah: Chin Peng perlu 'bertaubat nasuha' dan 'bertanggungjawab di atas perbuatan partinya' kiranya dia ingin benar-benar kembali. Juga ingatan yang sama kepada mereka yang masih berkefahaman kapatalisme!

Sunday 10 May 2009

DUN Perak 7 Mei 09 - Buat malu orang Perak !

11 Mei 09


Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 09 merupakan sidang dewan yang terburuk dan amat memalukan kepada semua rakyat Perak. Kelakuan hampir kesemua 59 ADUN Perak menjejaskan sidang dewan yang dianggap tempat mesyuarat yang bertamadun dan kesemua ADUN boleh berhujah dengan matang dan mengikut peraturan dewan. Buat pertama kalinya, sidang dewan telah membenarkan pihak polis mengambil alih bagi menjaga 'pergaduhan' yang berlaku . 'Pergaduhan' ini memang dijangka oleh semua pihak. Rakyat ingin melihat bagaimana BN menaikkan Yang Dipertua Dewan mereka dan bagaimana PR akan mempertahankan YDP DUN mereka. Akhiranya berlaku seperti dijangka. Terdapat dua YDP DUN Perak. YB Sivakumar ditarik keluar oleh pihak polis selepas YDP BN - Ganesan (MIC) dilantik. Secara konvensionnya YDP DUN dari YB yang menang dan mungkin kali pertama YDP dari YB yang kalah.






Kedua-dua belah pihak boleh berhujah dengan fakta masing-masing. BN mengatakan mereka mempunyai 28 DUN dan 3 DUN bebas untuk menyokong usul mereka bagi melantik YDP yang baru serta 3 usul lagi yang dibentangkan dan diluluskan oleh majoriti ahli DUN.

Manakala PR berhujah mengatakan YDP DUN masih lagi YB Sivakumar. Beliau masih mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah agar YAB Dr. Zambry dan 6 orang exco serta 3 orang DUN Bebas untuk keluar dari dewan setelah diputuskan oleh beliau sebelum in. Itu kuasa YDP DUN, katanya.
Maka, berlaku lah dua sidang DUN di bawah satu bumbung. Sehinggalah, Raja Nazrin merasmikannya pada lebih kurang 3.15 petang. Bagi penyokong BN, ADUN PR serta YDP tidak boleh menggunakan kuasanya sesuka hati. Bagi penyokong PR, ADUN BN harus akur dengan keputusan YDP sedia ada.


Bagi saya, ADUN PR harus beralah. Pada hemat saya, biarlah BN mengambil kuasa - MB , exco serta DUN walau pun dengan cara yang tersangat keji bermula Feb 09 lepas.

Apabila saya membuat pendirian ini, saya teringkat filem P Ramlee di hujung cerita Jebat dan Tuah. Adakah Jebat yang betul atau aku kah yang betul ? Apa pun jalan yang terbaik, elok kiranya Tuanku Sultan bubarkan DUN Perak segera.





























Wednesday 6 May 2009

Dewan Undangan Negeri Perak - 7 Mei 09

Kehadiran YAB Menteri Besar Ir Nizar disambut peagawai polis bertugas


Sekitar kawasan hotel tempat ADUN PR berkumpul


YAB Menteri Besar Perak - Ir Nizar



Kehadiran ramai polis di sekitar kawasan









Hotel Ipoh City - tempat berkumpul ADUN PR - 8.15 pagi
















Tuesday 31 March 2009

Suasana Penamaan Calon P059 Bukit Gantang

Borang Calon Ir Nizar
Penyokong Bn

Penyokong PR



Petugas MAFREL


Lagi Petugas MAFREL




Sidang Media MAFREL






Tuesday 17 March 2009

Pelajar terbaik SPM 09 - rumahnya


Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti. Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

Thursday 5 March 2009

Wednesday 4 March 2009

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan



Tarmizi Mohd Jam Thu Mar 05, 09 10:05:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi. Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.
"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.
Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar. Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan. Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis." Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul

Sunday 1 March 2009

Krisis di Perak - Mohon dari Allah swt

Krisis Perlembagaan dan Kerajaan di Perak telah bermula pada 4 Feb 2009. Sehingga ke tarikh hari ini 2 Mac 2009 tanda-tanda krisis ini akan berakhir tidak kunjung tiba.

Saya menyeru kepada semua untuk kita menadah tangan memohon kepada Allah swt agar menunjukkan jalan keluar yang menguntungkan Islam dan pejuangNya.

Monday 9 February 2009


Pasukan FRU yang baru sampai semasa DEMO di Kuala Kangsar 6 Feb 09

Raja Dihilir Perak membuka tingkap dan melambai kepada rakyat
Ampun Tuanku, Bubar DUN Perak @6 Feb 09

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
@ 6 Feb 2009
Rakyat 'bercakap'

Tun Mahathir - Lompat si katak lompat

LOMPAT LAGI

Dr. Mahathir Mohamad on February 6, 2009 10:39 AM Comments (709) TrackBacks (0)

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Perak : Wasiat Rasulullah saw pada Uthman

Perjalanan ke negeri Pahang baru-baru ini menemukan saya dengan ramai anak Perak di perantauan. Rata-rata, berasa begitu kesal dengan perkembangan yang berlaku, tetapi optimis dalam mencari sisi-sisi positif terhadap ‘bahasa Tuhan’ yang terungkap di sebalik segala ujian yang menimpa.

“Ustaz sentuhlah sedikit berkenaan dengan hal ini dalam kuliah Subuh nanti!” pinta seorang teman.“Tengoklah macam mana nanti. Saya pun tak pasti nak sentuh dari sisi mana,” saya menjawab.

Kuliah Subuh, saya sampaikan berkaitan dengan peranan kita dalam menangani bencana di Palestin, yang diharapkan tidak terpinggir oleh peminggiran media yang membuat liputan secara bermusim.

KELAKUAN MEDIA
Ketika Palestin dirempuh, media sibuk dengan Palestin.Isu Palestin masih panas, tetapi media beralih ke isu tiga ADUN Perak isytihar keluar parti dan menyokong BN.Sah atau tidak sah tiga ADUN itu menjadi penentu kepada nasib jutaan penduduk Perak melalui perlantikan MB baru sebelum MB lama disahkan pelepasan jawatan, media sudah bersegera menumpukan perhatian kepada isu Dato’ Seri Ir. Nizar mendurhakai Sultan.

Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu.

“Dalam suasana yang berlalu pada hari ini, apa yang menjadikan diri saya dan ramai rakyat Perak terkilan, bukanlah pada tindakan Barisan Nasional semata-mata. Tanpa rujukan akhlak, kita sentiasa menjangkakan apa sahaja boleh dilakukan mereka. Sesiapa sahaja yang berbudaya dengan budaya BN, hatta setelah menjadi penentang BN sekali pun, akan terpalit dengan falsafah Machiavelli yang meminggirkan prinsip dan moral, menghalalkan sebarang cara untuk mencapai kuasa,” saya mengatur kuliah.

PERANAN ISTANA

“Tetapi dukacita yang besarnya ialah pada kedudukan Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi, justeru pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan kami dengan seorang MB yang sedemikian rupa,” kuliah Subuh saya bersambung.
Benar…Segalanya sungguh menghiris rasa.

Saya tidak dapat lari daripada mengingati kembali komentar Permaisuri Saba’ tatkala beliau mendengar akan kedatangan seorang Raja bernama Sulaiman ke negeri beliau. Permaisuri Saba’ adalah seorang wanita musyrikah yang menyembah matahari, tetapi pengalamannya sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang besar, menyebabkan beliau terpacul kata-kata yang dirakam oleh Allah di dalam surah al-Naml ayat 34:

“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”
Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Demikian jugalah jangkaan beliau tatkala mendengar kedatangan seorang raja bernama Sulaiman.

Dan oleh kerana kenyataan Permaisuri Saba’ itu terlalu benar, menggambarkan realiti yang sering mewakili tingkah laku raja yang berkuasa, maka biar pun ia diungkapkan oleh seorang perempuan yang mensyirikkan Allah, kebenaran tetap kebenaran. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya:

“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]
Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia. Kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah.

Patik mohon kepada Tuanku agar mengecualikan diri daripada kelaziman raja-raja yang diungkapkan Allah dalam firman-Nya yang Maha Tinggi itu tadi. Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala.

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang, Selangor

Tuesday 27 January 2009

Orang Parit masuk KeAdilan

25 Januari 2009 (Ahad)
Dato Nasharudin Hashim ADUN Bota, Parit telah tekad untuk keluar dari Parti umNO dan mengumumkan menyertai PKR di hadapan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya yang kebetulan sedang mesyuarat Persatuan Keluarga Deraman di Kg Tua, Blanja Kiri Parit, Perak terus mengajukan soalan pada mak saudara dan sepupu semua. Semua tergamam!!!! Sebabnya umNo telah mengumumkan ceruk rantau negeri Perak bahawa bulan Mac nanti akan belaku pertukaran Kerajaan dari Pakatan Rakyat kepada BN selepas Najib ambil alih kuasa.

Adakah akan wujud teori domino selepas ini di Perak? Perlukah ahli umNo menyertai Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengimbangkan kuasa kerajaan negeri yang majoritinya bukan Islam? Itulah cakap-cakap rakyat di Perak.

"Cuma orang Parit je boleh ngajor deme!!" sms saya terima dari sahabat rapat apabila ditanya berita tergempar DUN Bota ini. Buat masa ini ulasan selari akan terus kedengaran.

Kebetulan seorang Hj. yang baru join pejabat juga utusan yang dihantar oleh UMNO bertemu Dato Nasharudin. "Dia hilang income. Anak-anak yang belajar oversea semua kena panggil balik." Kata hj tersebut yang merupakan play maker UMno di Parit.

Perjuangan kita bagaimana?

Monday 19 January 2009

60,000 lot kampung tersusun - pohon status 'freehold’ SEGERA.


Saya dimkalumkan oleh kawan di PTG Perak bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya kesemua tanah kampung baru dan kampong tersusun di negeri Perak di beri status pajakan bebas (freehold). Ini bermakna pajakan tanah selama 999 tahun. Buat masa ini tanah di kampung baru diberi pajakan bertempoh selalunya 30-50 tahun manakala di kampung tersusun selalunya 99 tahun.

YAB Menteri Besar Perak dalam ucapannya mengaitkan pemberian status tanah tersebut isu keadilan. Seperti mana Tuanku Sultan selalu menitahkan bahawa Tuanku ialah Sultan untuk semua kaum, begitu jugalah Ir Nizar - MB untuk semua kaum.

Selalunya kampung baru dikaitkan dengan orang Cina manakala kampung tersusun untuk orang Melayu. Surat khabar cuma menghebahkan mengenai kampung baru tetapi tidak kelulusan untuk kampung tersusun. Dimaklumkan bahawa di negeri Perak terdapat lebih kurang 50,000 lot kampung baru manakala 60,000 lot kampung tersusun.

Rakyat jelata Perak selalu bersembang kedai kopi termasuklah rakyat jelata bekas exco dan YB. Apabila ditanya mengapa fakta mengenai kampung tersusun disembunyikan? Kenapa pendapat peguam dan pegawai PTG yang mengatakan hak memberi tanah ialah Kerajaan Negeri dan bukan Persekutuan juga disembunyikan?

Jawapannya ialah “cari makan ??!!”.

Bagi penduduk kampung tersusun di Perak, pergilah ke Pejabat Tanah untuk memohon status pajakan bebas SEGERA dan ia bukannya automatik.

Sunday 18 January 2009

Gambar kenduri di Parit, Perak.

Disertakan gambar suasana kenduri di Parit, Perak.

Gaza, Kami bersama Mu

Gaza, Kami bersama Mu

Apabila saya membuka Blog Biasan Embun pagi ini , terus terbaca mengenai perjuangan rakyat Palestin di Gaza. Lagu yang didendangkan oleh Micahel Heart begitu menyentuh jiwa. Cuba hayati.

Kami tidak akan menyerah kalah
Malam ini, tanpa melawan dan berjuang
Anda (Israel) boleh membakar masjid kami, rumah kami, sekolah kami,
Namun semangat perjuangan kami tak pernah padam
Kami tidak akan menyerah kalah
Di Gaza malam ini


We will not go downIn the night,
without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never dieWe will not go down
In Gaza tonight
All Music and Content Copyrighted. All rights reserved.
© 2009Muzik boleh dimuat turun dari
Setiausaha C.O.M.P.L.E.T.E. , Puan Azra mendapat izin daripada Michael Heart,penulis lirik, pencipta dan penyanyi lagu Gaza "WE WILL NOT GO DOWN",

Friday 16 January 2009

Negeriku Perak!

“Apa cerita Raja Nazrin ini! Bising-bising pasal sejarah? Dia hendak jadi bahan sejarah juga?” Saya mendapat sms dari kawan yang nombornya 019-359xxxx, namun namanya tak keluar. Sms itu diterima ketika kami berempat sedang berbincang di luar pejabat Jim Ipoh ketika panas yang terik bagi mencari idea penulisan blog.

Agaknya kawan itu tahu yang saya makan gaji dekat dengan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah dan ada bermesyuarat bersama Tuanku. Atau saya duduk di Perak dan banyak berita mengenai Raja Muda diperkatakan oleh rakyat jelata.

Bak kata pepatah “dibuang mati mak, diluah mati ayah”. Memang serba salah untuk memperkatakan isu ini.

Kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak memang mengejutkan ramai pihak. Namun atas kebijaksanaan dan hikmah Sultan Negeri Perak menurut undang-undang tubuh negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat dibenarkan menubuhkan kerajaan walau pun dengan kelebihan 2 kerusi dewan undangan negeri.

Namun saya bersetuju, Sultan dan Raja Nazrin mungkin tiada rasa simpatinya pada Kerajaan Pakatan Rakyat. Komen kawan dalam sms itu agaknya apabila beliau membaca ucapan Raja Dr Nazrin semasa majlis penutup Konvensyen Ekonomi Islam ke 3 semalam