Monday 13 July 2009

Bersatulah Melayu Islam - Raja Dr Nazrin


DYTM Tuanku Nazrin telah menitiskan air mata apabila menitahkan perenggan yang terakhir. Kelihatan SS Mufti Perak juga mengelap air mata jua. Berikut ialah sedutan ucapannya..

Sedutan Ucapan DYTM Raja Dr Nazrin Shah
bersempena Muzakarah Cendiakwan Islam 2009
pada 14 Julai 2009 di Bangunan SUK, Ipoh, Perak


"Dinamik politik berasaskan gerakan nasionalisme Melayu dan dinamik politik berpaksikan Islam selanjutnya berkembang di negara ini. Kewujukan parti politik berteraskan kebangsaan Melayu dan parti politik berpaksikan Islam laksana kelahiran kembar politik dari perut bumi yang sama... "

"Realiti politik tidak memperlihatkan kembar politik ini bersifat 'identical'. Asas-asas utama perjuangan untuk kemerdekaan, untuk agama, untuk bangsa, untuk negara, gagal mencantumkan roh tenaga politik Melayu-Islam ini..."

"Tulisan jawi-tulisan rumi, kopiah putih-songkok hitam, baju Melayu - jubah Arab, meletakkan Melayu Islam itu berada dalam dua aliran sungai yang mengalir selari tetapi enggan bertemu..."

"Di manakah salah ibu mengandung hingga bangsa yang serumpun enggan membina silaturahim, di manakah silap ibu mengandung hingga insan yang seagama enggan bersaudara.."

"Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat - memperdayakan bangsa demi memenuhi nafsu sendiri. Bangsa bagaikan sedang menghitung hari untuk dapat terus bertahan di tampuk kuasa.."


"Usaha penyatuan ummat Islam wajib dirintis dan melalui penyatuan tersebut dibina modal keupayaan dalam semangat serumpun bangsa - sealiran agama. Kesetian kepada perjuangan yang murni lagi suci haruslah mengatasi kesetiaan kepada individu atau kesetiaan kepada kumpulan.."

" Sekurang-kurangnya kata dan ungkapan Paduka Anakanda ini menjadi bukti lafaz setyia kepada takhta pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan serta tanda kasih kepada negeri dan bangsa;

"Agar nanti apabila Paduka Cucunda Raja Azlan Muzzaffar Shah telah mencapai usia dewasa, tidak akan dia menyalahkan Paduka Anakanda atas ketidakberanian Paduka Anakanda memberikan peringatan kepada bangsa.

"Bahawa yang perlu dipertahankan itu, bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang Raja tetapi Kerajaan Baginda; kerana tanpa Kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa."

No comments: