Monday 9 February 2009


Pasukan FRU yang baru sampai semasa DEMO di Kuala Kangsar 6 Feb 09

Raja Dihilir Perak membuka tingkap dan melambai kepada rakyat
Ampun Tuanku, Bubar DUN Perak @6 Feb 09

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
@ 6 Feb 2009
Rakyat 'bercakap'

Tun Mahathir - Lompat si katak lompat

LOMPAT LAGI

Dr. Mahathir Mohamad on February 6, 2009 10:39 AM Comments (709) TrackBacks (0)

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Perak : Wasiat Rasulullah saw pada Uthman

Perjalanan ke negeri Pahang baru-baru ini menemukan saya dengan ramai anak Perak di perantauan. Rata-rata, berasa begitu kesal dengan perkembangan yang berlaku, tetapi optimis dalam mencari sisi-sisi positif terhadap ‘bahasa Tuhan’ yang terungkap di sebalik segala ujian yang menimpa.

“Ustaz sentuhlah sedikit berkenaan dengan hal ini dalam kuliah Subuh nanti!” pinta seorang teman.“Tengoklah macam mana nanti. Saya pun tak pasti nak sentuh dari sisi mana,” saya menjawab.

Kuliah Subuh, saya sampaikan berkaitan dengan peranan kita dalam menangani bencana di Palestin, yang diharapkan tidak terpinggir oleh peminggiran media yang membuat liputan secara bermusim.

KELAKUAN MEDIA
Ketika Palestin dirempuh, media sibuk dengan Palestin.Isu Palestin masih panas, tetapi media beralih ke isu tiga ADUN Perak isytihar keluar parti dan menyokong BN.Sah atau tidak sah tiga ADUN itu menjadi penentu kepada nasib jutaan penduduk Perak melalui perlantikan MB baru sebelum MB lama disahkan pelepasan jawatan, media sudah bersegera menumpukan perhatian kepada isu Dato’ Seri Ir. Nizar mendurhakai Sultan.

Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu.

“Dalam suasana yang berlalu pada hari ini, apa yang menjadikan diri saya dan ramai rakyat Perak terkilan, bukanlah pada tindakan Barisan Nasional semata-mata. Tanpa rujukan akhlak, kita sentiasa menjangkakan apa sahaja boleh dilakukan mereka. Sesiapa sahaja yang berbudaya dengan budaya BN, hatta setelah menjadi penentang BN sekali pun, akan terpalit dengan falsafah Machiavelli yang meminggirkan prinsip dan moral, menghalalkan sebarang cara untuk mencapai kuasa,” saya mengatur kuliah.

PERANAN ISTANA

“Tetapi dukacita yang besarnya ialah pada kedudukan Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi, justeru pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan kami dengan seorang MB yang sedemikian rupa,” kuliah Subuh saya bersambung.
Benar…Segalanya sungguh menghiris rasa.

Saya tidak dapat lari daripada mengingati kembali komentar Permaisuri Saba’ tatkala beliau mendengar akan kedatangan seorang Raja bernama Sulaiman ke negeri beliau. Permaisuri Saba’ adalah seorang wanita musyrikah yang menyembah matahari, tetapi pengalamannya sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang besar, menyebabkan beliau terpacul kata-kata yang dirakam oleh Allah di dalam surah al-Naml ayat 34:

“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”
Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Demikian jugalah jangkaan beliau tatkala mendengar kedatangan seorang raja bernama Sulaiman.

Dan oleh kerana kenyataan Permaisuri Saba’ itu terlalu benar, menggambarkan realiti yang sering mewakili tingkah laku raja yang berkuasa, maka biar pun ia diungkapkan oleh seorang perempuan yang mensyirikkan Allah, kebenaran tetap kebenaran. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya:

“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]
Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia. Kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah.

Patik mohon kepada Tuanku agar mengecualikan diri daripada kelaziman raja-raja yang diungkapkan Allah dalam firman-Nya yang Maha Tinggi itu tadi. Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala.

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 Ampang, Selangor