Thursday 30 July 2009

ADUN Permatang Pasir meninggal

Diambil dari Blog Nobisah

Friday, July 31, 2009

TIGA MUKA BARU DI PERMATANG PAUH SELEPAS PRU12

Al-Fatihah. Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir ialah salah satu dari tiga kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Dalam pilihanraya 2008. Hamdan menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Shahar Shuib dengan majoriti 5,433. Pada tahun 2004, Hamdan menewaskan Dato' Md Isa Ramli dengan majoriti 679 undi. Jumlah pengundi di DUN Permatang Pasir ialah 20,350 orang.

Sebelum ini, kerusi DUN Penanti yang juga terletak dalam Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pilihanraya kecil apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan. Calon PKR, Dr Mansor Othman menang pilihanraya tersebut.

Dengan pilihanraya kecil yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang, ini bermaksud tiga muka baru menggantikan calon yang dipilih dalam PRU12 di Permatang Pauh. Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR) menggantikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dr Mansor Othman (PKR) menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin, dan kini seorang pengganti akan dipilih sebagai ADUN baru Permatang Pasir.

Satu lagi kawasan DUN ialah Seberang Jaya yang diwakili oleh Dato' Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional.

No comments: