Monday 19 January 2009

60,000 lot kampung tersusun - pohon status 'freehold’ SEGERA.


Saya dimkalumkan oleh kawan di PTG Perak bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya kesemua tanah kampung baru dan kampong tersusun di negeri Perak di beri status pajakan bebas (freehold). Ini bermakna pajakan tanah selama 999 tahun. Buat masa ini tanah di kampung baru diberi pajakan bertempoh selalunya 30-50 tahun manakala di kampung tersusun selalunya 99 tahun.

YAB Menteri Besar Perak dalam ucapannya mengaitkan pemberian status tanah tersebut isu keadilan. Seperti mana Tuanku Sultan selalu menitahkan bahawa Tuanku ialah Sultan untuk semua kaum, begitu jugalah Ir Nizar - MB untuk semua kaum.

Selalunya kampung baru dikaitkan dengan orang Cina manakala kampung tersusun untuk orang Melayu. Surat khabar cuma menghebahkan mengenai kampung baru tetapi tidak kelulusan untuk kampung tersusun. Dimaklumkan bahawa di negeri Perak terdapat lebih kurang 50,000 lot kampung baru manakala 60,000 lot kampung tersusun.

Rakyat jelata Perak selalu bersembang kedai kopi termasuklah rakyat jelata bekas exco dan YB. Apabila ditanya mengapa fakta mengenai kampung tersusun disembunyikan? Kenapa pendapat peguam dan pegawai PTG yang mengatakan hak memberi tanah ialah Kerajaan Negeri dan bukan Persekutuan juga disembunyikan?

Jawapannya ialah “cari makan ??!!”.

Bagi penduduk kampung tersusun di Perak, pergilah ke Pejabat Tanah untuk memohon status pajakan bebas SEGERA dan ia bukannya automatik.

No comments: