"Boleh main satu game sahaja" Kata Dr. Kamil. "Kalau 15 tahun dulu, bermain 3 jam tak terasa apa-apa" tambah beliau. Begitulah apabila usia meningkat, jiwa terasa muda namun fizikalnya telah berkurang.
Usrah futsal kami diakhri dengan taaruf kesemua pemain dan tazkirah pendek oleh Dr. Kamil. Selain daripada ahli usrah kami dan anak-anak, turut hadir ialah Bashir (bekas aktivisma KARISMA Kedah- sekarang JK Pemuda Perak Tangah) dan rakan-rakannya (batch 2005 Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh). Ada yang sedang belajar di UK, Jepun , Mesir, U Tempatan dan ada juga yang bekerja di Singapura dan lain-lain. Peserta termuda ialah Ahmad Yassin bin Yahanis berumur 6 tahun.
No comments:
Post a Comment