Wednesday 9 June 2010

PERAK LANCAR PROGRAM AMANJAYA FIESTA PIALA DUNIA 2010



IPOH, 4 Jun 10 – Sempena dengan kehadiran Piala Dunia FIFA 2010, Negeri Perak melalui Super Ekonomi Dot Com turut melancarkan Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010 bagi memeriahkan lagi temasya berprestij itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Y.B. Dato’ Zainol Fadzi berkata, program tersebut bakal diadakan selama sebulan mulai 12 Julai di sekitar bandar Teluk Intan dan pengisian program berbentuk kekeluargaan di kalangan masyarakat, beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bagi Program Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Memandangkan program tersebut diadakan pada musim cuti sekolah, pelbagai aktiviti sihat turut diadakan selain perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Selain itu katanya pengunjung juga akan dihiburkan dengan tayangan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia melalui skrin besar 12’x12’ kaki.

Sebanyak 64 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak dan program tersebut turut melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi memastikan program berjalan lancar. Hadir sama pada sidang akhbar tersebut Encik Amin Mansor, Pengarah Operasi Super Ekonomi Dot Com dan Encik Roslan Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik Institut Darul Ridzuan.

No comments: