Tuesday 9 March 2010

Cerita Menarik Negeri Perak

Kiranya orang Perak bertandang ke negeri lain, soalan yang selalu ditanya bagaimana cerita politik negeri Perak terutamanya cerita mengenai kisah dua Menteri Besar. Walau pun Mahkamah telah membuat keputusannya, namun jawapan orang ramai berbagai.
Bagi peribadi YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, tiada siapa mempertikaikan kewibawaannya dalam UMNO, namun jawapan yang selalu dinukilkan "the right person at the wrong time" - Orang yang betul tetapi bukan di masa yang betul.
Manakala kewibawaan YB Dato Seri Nizar sukar disangkal dengan kebolehannya yang pelbagai. Sehingga ada yang mengungkapkan gelaran DSNJ (Dato Seri Nizar) sama taraf kepercayaan orang kepada DSAI (Dato Seri Anwar Ibrahim).
Bagi saya, YAB Dato Seri Zambry mempunyai bukit yang sangat tinggi untuk dinaiki . Kiranya perjuangan parti dan peribadi berasaskan Islam , sudah tentu setinggi mana bukit pun, boleh ditawan. Sudah tentu peribadi Rasulullah menjadi tauladan yang terbaik.






No comments: