Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 09 merupakan sidang dewan yang terburuk dan amat memalukan kepada semua rakyat Perak. Kelakuan hampir kesemua 59 ADUN Perak menjejaskan sidang dewan yang dianggap tempat mesyuarat yang bertamadun dan kesemua ADUN boleh berhujah dengan matang dan mengikut peraturan dewan. Buat pertama kalinya, sidang dewan telah membenarkan pihak polis mengambil alih bagi menjaga 'pergaduhan' yang berlaku .



Kedua-dua belah pihak boleh berhujah dengan fakta masing-masing. BN mengatakan mereka mempunyai 28 DUN dan 3 DUN bebas untuk menyokong usul mereka bagi melantik YDP yang baru serta 3 usul lagi yang dibentangkan dan diluluskan oleh majoriti ahli DUN.
Manakala PR berhujah mengatakan YDP DUN masih lagi YB Sivakumar. Beliau masih mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah agar YAB Dr. Zambry dan 6 orang exco serta 3 orang DUN Bebas untuk keluar dari dewan setelah diputuskan oleh beliau sebelum in. Itu kuasa YDP DUN, katanya.


Bagi saya, ADUN PR harus beralah. Pada hemat saya, biarlah BN mengambil kuasa - MB , exco serta DUN walau pun dengan cara yang tersangat keji bermula Feb 09 lepas.
Apabila saya membuat pendirian ini, saya teringkat filem P Ramlee di hujung cerita Jebat dan Tuah. Adakah Jebat yang betul atau aku kah yang betul ? Apa pun jalan yang terbaik, elok kiranya Tuanku Sultan bubarkan DUN Perak segera.