Thursday, 16 September 2010

Usrah Bermula - 7 Syawal 1431H

7 Syawal 1431H ( 16 September 2010) , Extreme Park, Tambun Perak - Usrah kami telah dimulakan di awal Syawal dengan menjemput rakan-rakan ahli serta anak-anak bermain futsal dari jam 9.00 malam - 11 malam.

Seramai lebih kurang 25 orang pemuda, anak-anakd an Pak Cik telah turut serta yang antaranya terdiri daripada Dr. Kamil ( Pengerusi Penerangan IKRAM Perak) , Hj. Khairud-din dan Hj Yahanis. Bermula dengan bermail futsal dengan disertai oleh 4 pasukan dengan pemain 6 orang, setiap pasukan bermain 5 minit atau 2-0 bagi setiap perlawanan.

"Boleh main satu game sahaja" Kata Dr. Kamil. "Kalau 15 tahun dulu, bermain 3 jam tak terasa apa-apa" tambah beliau. Begitulah apabila usia meningkat, jiwa terasa muda namun fizikalnya telah berkurang.

Usrah futsal kami diakhri dengan taaruf kesemua pemain dan tazkirah pendek oleh Dr. Kamil. Selain daripada ahli usrah kami dan anak-anak, turut hadir ialah Bashir (bekas aktivisma KARISMA Kedah- sekarang JK Pemuda Perak Tangah) dan rakan-rakannya (batch 2005 Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh). Ada yang sedang belajar di UK, Jepun , Mesir, U Tempatan dan ada juga yang bekerja di Singapura dan lain-lain. Peserta termuda ialah Ahmad Yassin bin Yahanis berumur 6 tahun.










Wednesday, 15 September 2010

Majlis Ukhuwah Idulfitri Anak Perak IKRAM 1431H

AlhamduliLlah Majlis Ukhuwwah 'Idulfitri Anak-anak Perak IKRAM 1431H telah selesai berlangsung pada 3 Syawal 1431H (12 September 2010). Senarai kehadrian menepati 98% daripada yang mendafatar seperti di bawah :

Senarai terkini : 8/9/10 - 29 Ramadhan 1431 seperti di bawah:

1. Ainol Lutfi dan keluarga (tuan rumah)
2. Yahanis dan keluarga (urusetia bersama)
3. Aziz Wok dan keluarga (SU IKRAM Perak - wakil IKRAM Perak)
4. Zun Arif dan keluarga
5. Khairul Fadhli (Tim Presiden KARISMA Nasional) dan zaujah, Ukht Samihah (SUA KARISMA Nasional).
6. Hisham Walat dan keluarga (IKRAM Johor)
7. Che Wan dan isteri (IKRAM Batang Padang - Tg Malim)
8. Jamaluddin dan keluarga ( YDP IKRAM P.Pinang)
9. Farid Hanif dan kelurrga ( TYDP IKRAM Kelang) - maaf telah di pra daftar
10. Khusairi Salleh dan keluarga (PSU IKRAM Ipoh)
11. Shukri Mohd Daud dan kelaurga ( TYDP IKRAM Ipoh)
12.PM Dr Mat Husin Yunan (IKRAM JBT),
13 Ahmad Shafaai Uda Jaafar (Pak Utih),
14. Prof Dr Shahrin Mohamed (IKRAM JBT)
15. Masiri Kaamin (IKRAM BP),
16. Rosmawati Zainal (RS), dan famili masing-masing
17. Sdr Basher (KARISMA)
18. Qamaruzaman dan keluarga (IKRAM Perlis)
19 Dr Ir Hj Selamat dan Kak Zan (Bendahari IKRAM Perak)
20. Cikgu Hashim (Pengetua STAR)
21. Dr. Hishamuddin Alham dan keluarga

Foto-foto program tersebut boleh dilihat di laman Facebook Ainol Lotfi Al Lambori berikut:

http://www.facebook.com/album.php?aid=225566&id=696527729&l=811c0ec64b

Akhirnya, terima kasih kepada Ainol Lotfi dan ibu nya Datin Seri kerana membenarkan rumahnya sebagai host. Pada Aziz Wok (wakil IKRAM Perak) - jazakumullah khairan kathira. Juga semua ikhwah-akhawat sekeluarga yang sudi bertandang ke Perak dan memeriahkan majlis.

Wassalam.

Hj. Yahanis bin Yahya
Urusetia









Wednesday, 9 June 2010

PERAK LANCAR PROGRAM AMANJAYA FIESTA PIALA DUNIA 2010



IPOH, 4 Jun 10 – Sempena dengan kehadiran Piala Dunia FIFA 2010, Negeri Perak melalui Super Ekonomi Dot Com turut melancarkan Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010 bagi memeriahkan lagi temasya berprestij itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Y.B. Dato’ Zainol Fadzi berkata, program tersebut bakal diadakan selama sebulan mulai 12 Julai di sekitar bandar Teluk Intan dan pengisian program berbentuk kekeluargaan di kalangan masyarakat, beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bagi Program Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Memandangkan program tersebut diadakan pada musim cuti sekolah, pelbagai aktiviti sihat turut diadakan selain perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Selain itu katanya pengunjung juga akan dihiburkan dengan tayangan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia melalui skrin besar 12’x12’ kaki.

Sebanyak 64 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak dan program tersebut turut melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi memastikan program berjalan lancar. Hadir sama pada sidang akhbar tersebut Encik Amin Mansor, Pengarah Operasi Super Ekonomi Dot Com dan Encik Roslan Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik Institut Darul Ridzuan.

Tuesday, 1 June 2010

Mavi Marmara dikosongkan


01 Jun 2010

Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu

18 Jamadil Akhir 1431H.HarakahdailyKUALA LUMPUR, 1 Jun: Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.


Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.


Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:08 PM

Gambar Protes Kekejaman Israel kepada penumpang Mavi Marmara

BELGIUM
LONDON




SWEDEN




Tuesday, 9 March 2010

Cerita Menarik Negeri Perak

Kiranya orang Perak bertandang ke negeri lain, soalan yang selalu ditanya bagaimana cerita politik negeri Perak terutamanya cerita mengenai kisah dua Menteri Besar. Walau pun Mahkamah telah membuat keputusannya, namun jawapan orang ramai berbagai.
Bagi peribadi YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, tiada siapa mempertikaikan kewibawaannya dalam UMNO, namun jawapan yang selalu dinukilkan "the right person at the wrong time" - Orang yang betul tetapi bukan di masa yang betul.
Manakala kewibawaan YB Dato Seri Nizar sukar disangkal dengan kebolehannya yang pelbagai. Sehingga ada yang mengungkapkan gelaran DSNJ (Dato Seri Nizar) sama taraf kepercayaan orang kepada DSAI (Dato Seri Anwar Ibrahim).
Bagi saya, YAB Dato Seri Zambry mempunyai bukit yang sangat tinggi untuk dinaiki . Kiranya perjuangan parti dan peribadi berasaskan Islam , sudah tentu setinggi mana bukit pun, boleh ditawan. Sudah tentu peribadi Rasulullah menjadi tauladan yang terbaik.






Tuesday, 29 December 2009

Lagi Gambor Haji 2009 / 1430H

Khutbah Arafah

Masjidal Haram, Mekah

Masjidal Haram, Mekah


Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya