Wednesday 9 June 2010

PERAK LANCAR PROGRAM AMANJAYA FIESTA PIALA DUNIA 2010



IPOH, 4 Jun 10 – Sempena dengan kehadiran Piala Dunia FIFA 2010, Negeri Perak melalui Super Ekonomi Dot Com turut melancarkan Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010 bagi memeriahkan lagi temasya berprestij itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Y.B. Dato’ Zainol Fadzi berkata, program tersebut bakal diadakan selama sebulan mulai 12 Julai di sekitar bandar Teluk Intan dan pengisian program berbentuk kekeluargaan di kalangan masyarakat, beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bagi Program Perak Amanjaya Fiesta Piala Dunia 2010 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Memandangkan program tersebut diadakan pada musim cuti sekolah, pelbagai aktiviti sihat turut diadakan selain perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Selain itu katanya pengunjung juga akan dihiburkan dengan tayangan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia melalui skrin besar 12’x12’ kaki.

Sebanyak 64 pasukan akan mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak dan program tersebut turut melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi memastikan program berjalan lancar. Hadir sama pada sidang akhbar tersebut Encik Amin Mansor, Pengarah Operasi Super Ekonomi Dot Com dan Encik Roslan Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik Institut Darul Ridzuan.

Tuesday 1 June 2010

Mavi Marmara dikosongkan


01 Jun 2010

Mavi Marmara dikosongkan, nasib aktivis tidak tentu

18 Jamadil Akhir 1431H.HarakahdailyKUALA LUMPUR, 1 Jun: Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara.Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel.


Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya sementara bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel.Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah arahan pemerintah, maka Israel maka mereka akan dihantar pulang secara langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv.


Manakala bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik, ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka.Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat.Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:08 PM

Gambar Protes Kekejaman Israel kepada penumpang Mavi Marmara

BELGIUM
LONDON




SWEDEN