Thursday 30 July 2009

ADUN Permatang Pasir meninggal

Diambil dari Blog Nobisah

Friday, July 31, 2009

TIGA MUKA BARU DI PERMATANG PAUH SELEPAS PRU12

Al-Fatihah. Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Permatang Pasir ialah salah satu dari tiga kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh. Dalam pilihanraya 2008. Hamdan menewaskan calon Barisan Nasional, Ahmad Shahar Shuib dengan majoriti 5,433. Pada tahun 2004, Hamdan menewaskan Dato' Md Isa Ramli dengan majoriti 679 undi. Jumlah pengundi di DUN Permatang Pasir ialah 20,350 orang.

Sebelum ini, kerusi DUN Penanti yang juga terletak dalam Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pilihanraya kecil apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan. Calon PKR, Dr Mansor Othman menang pilihanraya tersebut.

Dengan pilihanraya kecil yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang, ini bermaksud tiga muka baru menggantikan calon yang dipilih dalam PRU12 di Permatang Pauh. Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR) menggantikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dr Mansor Othman (PKR) menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin, dan kini seorang pengganti akan dipilih sebagai ADUN baru Permatang Pasir.

Satu lagi kawasan DUN ialah Seberang Jaya yang diwakili oleh Dato' Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional.

Wednesday 22 July 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Dipetik dari pembentangan Dato' Mohd Noor Abdullah , mantan hakim mahkamah rayuan:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu dan berpegang teguh kepadanya selam itulah kamu akan selamat sejahtera:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganag tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu.

3. Bagi menjaga dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu , kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu

4.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu

5. Kami tetapkan Islam ialah agama Persekutuan

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan istimewa Orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain.

Monday 13 July 2009

Bersatulah Melayu Islam - Raja Dr Nazrin


DYTM Tuanku Nazrin telah menitiskan air mata apabila menitahkan perenggan yang terakhir. Kelihatan SS Mufti Perak juga mengelap air mata jua. Berikut ialah sedutan ucapannya..

Sedutan Ucapan DYTM Raja Dr Nazrin Shah
bersempena Muzakarah Cendiakwan Islam 2009
pada 14 Julai 2009 di Bangunan SUK, Ipoh, Perak


"Dinamik politik berasaskan gerakan nasionalisme Melayu dan dinamik politik berpaksikan Islam selanjutnya berkembang di negara ini. Kewujukan parti politik berteraskan kebangsaan Melayu dan parti politik berpaksikan Islam laksana kelahiran kembar politik dari perut bumi yang sama... "

"Realiti politik tidak memperlihatkan kembar politik ini bersifat 'identical'. Asas-asas utama perjuangan untuk kemerdekaan, untuk agama, untuk bangsa, untuk negara, gagal mencantumkan roh tenaga politik Melayu-Islam ini..."

"Tulisan jawi-tulisan rumi, kopiah putih-songkok hitam, baju Melayu - jubah Arab, meletakkan Melayu Islam itu berada dalam dua aliran sungai yang mengalir selari tetapi enggan bertemu..."

"Di manakah salah ibu mengandung hingga bangsa yang serumpun enggan membina silaturahim, di manakah silap ibu mengandung hingga insan yang seagama enggan bersaudara.."

"Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat - memperdayakan bangsa demi memenuhi nafsu sendiri. Bangsa bagaikan sedang menghitung hari untuk dapat terus bertahan di tampuk kuasa.."


"Usaha penyatuan ummat Islam wajib dirintis dan melalui penyatuan tersebut dibina modal keupayaan dalam semangat serumpun bangsa - sealiran agama. Kesetian kepada perjuangan yang murni lagi suci haruslah mengatasi kesetiaan kepada individu atau kesetiaan kepada kumpulan.."

" Sekurang-kurangnya kata dan ungkapan Paduka Anakanda ini menjadi bukti lafaz setyia kepada takhta pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan serta tanda kasih kepada negeri dan bangsa;

"Agar nanti apabila Paduka Cucunda Raja Azlan Muzzaffar Shah telah mencapai usia dewasa, tidak akan dia menyalahkan Paduka Anakanda atas ketidakberanian Paduka Anakanda memberikan peringatan kepada bangsa.

"Bahawa yang perlu dipertahankan itu, bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang Raja tetapi Kerajaan Baginda; kerana tanpa Kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa."

Thursday 9 July 2009