Sunday 10 May 2009

DUN Perak 7 Mei 09 - Buat malu orang Perak !

11 Mei 09


Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 09 merupakan sidang dewan yang terburuk dan amat memalukan kepada semua rakyat Perak. Kelakuan hampir kesemua 59 ADUN Perak menjejaskan sidang dewan yang dianggap tempat mesyuarat yang bertamadun dan kesemua ADUN boleh berhujah dengan matang dan mengikut peraturan dewan. Buat pertama kalinya, sidang dewan telah membenarkan pihak polis mengambil alih bagi menjaga 'pergaduhan' yang berlaku . 'Pergaduhan' ini memang dijangka oleh semua pihak. Rakyat ingin melihat bagaimana BN menaikkan Yang Dipertua Dewan mereka dan bagaimana PR akan mempertahankan YDP DUN mereka. Akhiranya berlaku seperti dijangka. Terdapat dua YDP DUN Perak. YB Sivakumar ditarik keluar oleh pihak polis selepas YDP BN - Ganesan (MIC) dilantik. Secara konvensionnya YDP DUN dari YB yang menang dan mungkin kali pertama YDP dari YB yang kalah.






Kedua-dua belah pihak boleh berhujah dengan fakta masing-masing. BN mengatakan mereka mempunyai 28 DUN dan 3 DUN bebas untuk menyokong usul mereka bagi melantik YDP yang baru serta 3 usul lagi yang dibentangkan dan diluluskan oleh majoriti ahli DUN.

Manakala PR berhujah mengatakan YDP DUN masih lagi YB Sivakumar. Beliau masih mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah agar YAB Dr. Zambry dan 6 orang exco serta 3 orang DUN Bebas untuk keluar dari dewan setelah diputuskan oleh beliau sebelum in. Itu kuasa YDP DUN, katanya.
Maka, berlaku lah dua sidang DUN di bawah satu bumbung. Sehinggalah, Raja Nazrin merasmikannya pada lebih kurang 3.15 petang. Bagi penyokong BN, ADUN PR serta YDP tidak boleh menggunakan kuasanya sesuka hati. Bagi penyokong PR, ADUN BN harus akur dengan keputusan YDP sedia ada.


Bagi saya, ADUN PR harus beralah. Pada hemat saya, biarlah BN mengambil kuasa - MB , exco serta DUN walau pun dengan cara yang tersangat keji bermula Feb 09 lepas.

Apabila saya membuat pendirian ini, saya teringkat filem P Ramlee di hujung cerita Jebat dan Tuah. Adakah Jebat yang betul atau aku kah yang betul ? Apa pun jalan yang terbaik, elok kiranya Tuanku Sultan bubarkan DUN Perak segera.





























Wednesday 6 May 2009

Dewan Undangan Negeri Perak - 7 Mei 09

Kehadiran YAB Menteri Besar Ir Nizar disambut peagawai polis bertugas


Sekitar kawasan hotel tempat ADUN PR berkumpul


YAB Menteri Besar Perak - Ir Nizar



Kehadiran ramai polis di sekitar kawasan









Hotel Ipoh City - tempat berkumpul ADUN PR - 8.15 pagi